7 Ramadhan 1435
ya allah, punya lah cantik allah pertemukan aku dgn ustazah yg dah lame gilee terpisah. masuk je surau tu orang dah ramai dah. tah kenapa harini boleh lambat pulak. mula tadi dah give up taknak pergi tapi tiba tiba kaki ni ringan, badan ni gagah dan hati ni pon turut sama rela nak mengejar ke surau walaupon dah terlambat pon sebenarnya. dan sejurus kaki ni melangkah masuk, susuk itulah yg pertama aku terpandang. wajah tu memang tak asing bagi aku. wajah tenang itu tetap kekal tenang sama seperti 10 tahun yg lalu. cuma ada sedikit kedutan di wajahnya, biasalah, mana ada manusia yg kekal muda kan? jarak kami hanya dipisahkan oleh seorang mak cik yg entah aku juga tidak mengenalinya, namun aku dan ustazah masih di saff yg sama. rezeki allah nak bagi, dapat juga aku duduk betul betul bersebelahan dgn insan ini tatkla mak cik yg tadi beralih utk memenuhkan ruang di saff hadapan. aku mengaku, solatku tidak sekhusyuk sebelum sebelum ini. mana tidaknya, satu persatu kenangan mulai terimbas di benak kecilku. jauh di sudut hati mmg ak teringin benar menegurnya dan bertanyakan kalau kalau dia masih mengingati anak didik yg pernah menjadi kesayangan dan kebanggannya ini. hemm tapi sungguh aku segan. mmg sifat pemalu itu sudah berkurung dlm diriku sejak dulu lagi, maka tak hairanlah kan. aku ada terfikir, sekurang-kurangnya aku dapat mencium tangannya sewaktu sesi bersalaman nanti. namun, hampa. sungguh hampa. cucu yg dibawanya bersama mengganggu kosentrasi ibadahnya, malah kami juga terkena tempiasnya. nakal betul cucu ustazah ni. belum masuk witir lagi,ustazah berlalu meninggalkan surau, mungkin kerana segan dan tidak mahu mengganggu tumpuan jemaah lain yg ingin berterawih dgn tenang tanpa gangguan suara anak kecil itu. sedih sungguh hati ku mengenangkan hajat yg tidak kesampaian itu. dalam langkah longlai, aku pulang membawa seribu hajat dan ku panjatkan doa moga allah pertemukan lagi kami supaya aku dapat berterima kasih kepada ustazah halimah atas segala didikannya ketika aku masih tidak mengenal dunia. :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan