Rabu, 23 Julai 2014

Ramadhan kian mengundur diri

"Rasa macam baru semalam mama kejut korang bangun sahur pertama", terngiang-ngiang lagi bait yg meluncur dari mulut si ibu. Benar sekali, masa itu terlalu pantas berlalu. Seakan pejam hari ini menanti sahur pertama, tatkala celiknya mata sudah habis sebulan berpuasa. Pantas kan? Dan sepanjang Ramadhan kali ini lah, pelbagai peristiwa berlaku. Baik yg menimpa diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, malah seantero dunia. Kalau bercakap tentang yg menimpa diri tu, emm emm biarlah rahsia, haha, keluarga pula, tahun ni dapat puasa penuh 30 hari setelah 5 tahun puasa di bumi gopeng sebelum ni. Masyarakat, hemm macam biasalah, demam denggi tak menunjukkan kadar pengurangan, malah bertambah lg mangsa. Kalau di sini, masyarakat sibuk berbalah tentang isu tanah sawah yg kering kontang. Haih sedih sekali. Negara? Okay ni laaagi sedih. Dahlah masalah politik takpon reda. MB Selangor, khalid ibrahim, katanya nak ditukar dgn Pn. Azizah la bla bla. Tahlah, malas pulak nak cerita. Tak cukup dengan tu, negara digemparkan pula dgn satu insiden yg cukup cukup menyayat hati. MH17, 17.7.2014. Allahu, sekali lagi negara ditimpa dugaan berat tatkala sejumlah 43 rakyat Malaysia terkorban dlm kejadian nahas kapal terbang dari Amsterdam ke KLIA. Kalau terhempas disebabkan kecemasan tu hemm boleh lah diterima, eh taklah boleh diterima, tp dia macam, sekurang-kurangnya tahu lah itu ats sebab kecuaian atau ats sbb-sbb kecemasan lain. Yg sedihnya bila negara dpt tahu MH17 ditembak dgn peluru berpandu. Bagai nak luruh jantung ni mendengarnya. Walaupun tiada ahli keluarga dan kenalan yg terlibat, suasana pilu tu dapat dirasakan di benak seluruh rakyat Malaysia. Persoalan yg masih tinggal tanda tanya, SIAPA PUNYA ANGKARA? dan MENGAPAA??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan